ADANYA kamera di telefon kita memang akan sentiasa bergambar dan berselfie. Tapi geram juga bila orang lain nampak elok dalam gambar kita pula sebaliknya.

Wajah masam, badan nampak gemuk, jarang sangat nampak cantik. Kalau nak tahu puncanya satu saja, anda silap pose. Selepas ini kalau diajak selfie atau pose ikut lima trik asas ini.

Disertakan juga dengan gambar, kiri pose yang biasa kita buat manakala gambar kanan yang disarankan untuk kelihatan lebih cantik dan kurus dalam gambar.

1. Tunduk

Jika anda berselfie atau mengambil gambar dari jarak dekat dan fokus pada wajah, sebaiknya tidak merenung terus kamera.

Tundukkan sedikit wajah dan palingkan tudung ke sisi. Anda akan dilihat memandang kamera dari bawah yang sekaligus menjadiklkan mata lebih menyerlah.

2. Praktik Bentuk S

Daripada pose tegak macam askar, buat bentuk 'S' dengan tubuh anda. Buka sikit kaki, tolak sedikit pinggang ke tepi. Jadilah bentuk S. Pose ini menjadikan tubuh anda nampak relaks dan berbentuk.

Kalau nak masukkan tangan dalam poket pastikan jari jemari di luar hanya ibu jari di dalam poket. Baru la nampak stail.

3. PalingkanTubuh Ke Sisi

Jika mahu nampak langsing atau kurang berisi dalam gambar, jangan pose berdepan kamera. Palingkan sedikit wajah dan tubuh anda ke sisi. Pastikan lengan anda sedikit mengepak untuk menampakkan bentuk pinggang.

4. Rendahkan Bahu

Agar pose tak nampak keras dan kaku, anda boleh juga rendahkan sebelah bahu dan palingkan sedikit tubuh ke agar tidak berdepan terus dengan kamera. Pose ini memberi kesan lebih santai.

Kalau berpeluk tubuh, pastikan anda tidak menyorokkkan jari. lebih bergaya jika jari jemari diletakkan di bahagian atas siku.

5. Bengkokkan Lutut

Sekiranya foto diambil dari sisi, jangan lupa buat bentuk S. Bengkokkan sedikit lutut dan rendahkan salah satu kedudukan bahu. Ia akan membuat anda nampak lebih langsing.

Ok, dah tahu trik asas jadi bila pose atau selfie ingat perkara ini. Satu lagi bila pose pastikan anda santai-santai saja agar rasa selesa. Barulah pose nampak semula jadi tak macam dibuat buat.

Rencana ini dipetik dari laman web www.vanillakismis.my