KITA selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai.

Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?

Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.

Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.

Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.

Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.

Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

***Rencana ini adalah terjemahan dari artikel  What’s So Wrong With W-Sitting
Pediatric Therapy Center yang dipetik dari blog www.vanillakismis.my

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Dua perkara utama yang perlu diberikan perhatian masyarakat kini ialah ancaman keselamatan negara melalui kebencian politik dan juga penghasilan maklumat palsu yang digerakkan secara tersusun dan licik.
  • SHAH ALAM - Sebanyak 44 saluran pembayaran disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memudahkan pemegang harta menjelaskan cukai taksiran untuk penggal pertama.
  • SEPERTI biasa, hampir tiap-tiap malam, saya akan berada di lokasi yang sama. Sudah menjadi rutin untuk ke situ. Saya pun tidak tahu sebenarnya apa yang istimewa sangat tempat itu.
  • KUALA TERENGGANU - Tulisan jawi adalah warisan budaya ilmu yang tidak boleh dibiarkan lenyap terutama dalam kalangan generasi baharu.
  • PONTIAN - “Aaira kerap merengek menahan sakit, tidurnya paling lama dua jam,” kata Siti Zubaidah Abd Jalil, 41, ibu kepada Siti Nur Aaira Ameera Mohd Mamdoh, 6 bulan, yang mengalami penyakit kegagalan hati (biliary atresia).