BUAT mereka yang tidak terikat dengan 24 jam, makan tepat pada waktunya bukanlah menjadi masalah besar.

Yang menjadi masalah untuk mereka yang hidunya sibuk dengan kerja sehingga tidak ingat waktu makan. Paling teruk, ada yang makan selepas balik dari kerja lewat malam.

Selepas makan, berehat kemudian terus tidur. Makan berat pula tu, bukannya makan benda yang ringan.

Mengikut kajian, anda digalakkan makan malam awal iaitu tiga atau empat jam sebelum tidur untuk mengelakkan perut buncit. Tetapi, masalahnya bila anda lewat makan (satu jam sebelum tidur) ia bukan sahaja boleh membuatkan perut jadi buncit.

Malah, ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti sukar untuk tidur.

Dr Janet Kannedy, Pakar Kesihatan berkaitan permasalahan tidur menjelaskan, menikmati makanan berat satu jam sebelum tidur (terutamanya makanan pedas) bakal memacu penggerakan asid dalam tubuh.

"Tubuh anda akan cuba mencerna makanan dengan kadar metabolisme yang aktif pada waktu malam dan ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur," jelasnya.

Oleh itu, nasihat beliau sekiranya anda terlewat untuk amkan malam akibat sibuk dengan kerja, pilihlah makanan dalam nisbah yang kecil dan dengan mudah dapat dicerna oleh tubuh.

Jika tidak, disebabkan sudah kerap sangat tak boleh tidur nanti masalah kesihatan lain pula akan timbul.

***Artikel ini dipetik dari blog http://www.ohsem.la

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENURUT Glassman, penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan ketika berasa lapar, gula dalam darah akan rendah menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah kita akan berusaha mencari makanan atau snek.
  • SAPUAN gincu di bibir bukan sekadar olesan semata-mata. Sebenarnya olesan gincu bibir memberi impak kepada keseluruhan solekan pada wajah. Jangan sesekali memandang remeh dalam soal memilih gincu bibir yang sesuai dengan anda. Berikut lapan teknik mengoles gincu yang betul.
  • STRES atau tekanan adalah keadaan di mana anda mengalami rasa yang tanggungjawab kerja, rumahtangga, sekolah dan hubungan dengan pasangan yang terbeban di bahu anda melebihi kemampuan anda untuk melaksanakannya.
  • KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti plagiarisme atau penjiplakan dalam bidang akademik yang semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini.
  • SHAH ALAM - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu bertindak mengeluarkan simpanan mereka dengan terburu-buru, tetapi merancang pengeluaran mereka bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.