KITA telah melangkah garisan pertengahan bulan Ramadan tahun ini, iaitu telah melampaui hari 15 puasa, dan hari ini kita memasuki hari ke-16 puasa. Bagi orang-orang yang membesar dan mengalami kehidupan kampung yang merupakan daerah pendalaman, tanpa air paip dan api letrik, pada zaman lampau, maka pada hari inilah mereka akan mulai mengumpul tempurung dan dijemur kering, untuk disusun tinggi bagi dibakar dalam malam-malam terakhir bulan Ramadan ini, seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini.