SAYA perhatikan bahawa dalam dunia Islam kini, sesiapa yang sering mengenengahkan slogan tentang perjuangannya untuk Islam sering mendapat sambutan, terutamanya apa bila slogan yang dikemukakan itu adalah merupakan slogan dan simbol bagi memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia dan sebagainya yang menjadi prinsip perjuangan semasa dunia pada zaman kini.