• Ismail (empat, kiri) dan pegawainya bergambar bersama Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah (lima kanan) dan kakitangan majalah Pengantin, semala Ismail (empat, kiri) dan pegawainya bergambar bersama Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah (lima kanan) dan kakitangan majalah Pengantin, semala
1 /

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memuji kehebatan penganjuran Karnival Karangkraf dan menganggapnya sebagai usaha menyemarakkan budaya kreatif.

Menurut beliau, ia bukan sahaja melibatkan aspek fizikal dengan pelbagai gerai pameran tetapi turut memberikan semangat kepada pengunjung supaya berfikir secara kreatif berdasarkan apa yang dilihat dan rasai apabila hadir di karnival ini.

“Apa yang disediakan di sini sememangnya sangat hebat. Saya percaya anak muda akan memperoleh satu semangat yang memangkin mereka untuk berfikir secara lebih kreatif.

“Justeru saya katakan, karnival ini sangat bermanfaat untuk dihadiri oleh generasi muda,” katanya diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub melawat pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tahun ini, pasukan beruniform tersebut turut mengambil bahagian dengan menyajikan pelbagai info berkaitan kepolisan.

Antaranya pameran sejarah penubuhan PDRM, Unit Kerjaya, Unit Bertemu Pelanggan, Unit Hal Ehwal Awam dan Unit Trafik.

Ismail turut melawat beberapa gerai pameran lain termasuk booth Sinar Harian Online, booth milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Yayasan Nur Karangkraf serta gedung menjual buku terbitan Alaf 21 dan Buku Prima.

“Karnival sehebat ini mencetuskan budaya ilmuan kreatif yang sangat berguna untuk inspirasi orang muda. Pelbagai ilmu boleh diperoleh di sini.

“Justeru PDRM tidak ketinggalan untuk memberi dorongan serta semangat kepada generasi muda yang hadir,” katanya.

Sementara itu, ketika diselitkan pertanyaan berhubung persediaan PDRM menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13), beliau menjawab: “Oh...kami dah bersedia sepenuhnya,” kata Ismail sambil tersenyum.