MELIHAT penampilannya yang persis model, mungkin ramai tidak percaya si pemilik nama Tan Chiew Sia ini sebenarnya merupakan seorang mahasiswa 'anak kapal' jurusan Sarjana Muda Sains, Fakulti Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim di UMT.

Malah, ia turut diakui Tan yang asalnya cuma tertarik pada iklan kemasukan tertera di lama sosial Facebook rasmi UMT, sedangkan pada ketika itu dia sendiri pun tidak tahu peranan sebenar 'anak kapal' ini.

“Saya sebenarnya tak sangka sama sekali berjaya terpilih sebagai salah seorang kadet daripada 39 orang sahaja keseluruhannya, sebab pada mulanya saya hanya sekadar suka-suka isi borang kemasukan dan menghadiri temu duga jurusan tersebut," ujarnya yang kini berada dalam tahun tiga jurusan ini.

"Jurusan ini memerlukan daya ketahanan fizikal dan mental yang kental selain memiliki penglihatan yang baik,” tambahnya lagi.

Bersama ibu bapa yang menjadi sumber inspirasi utama Chiew Sia.

Harungi Cabaran Lautan Biru

Menurut Tan lagi, salah satu matlamat UMT sebagai sebuah sebuah pusat pendidikan maritim terulung di Malaysia yang menawarkan kursus mengambil masa selama empat tahun pengajian ini adalah bagi melahirkan krew perkapalan profesional.

“Meskipun pekerjaan sebagai kadet perkapalan lebih didominasi golongan lelaki, namun ia tidak menghalang saya dan pelajar wanita lain bersama-sama mengharungi cabaran untuk belayar di lautan biru.

“Saya berterima kasih kepada pihak UMT kerana membuka peluang yang lebih luas kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada anak kapal kelak. Selain belajar teori di sini, kami juga didedahkan dengan pelbagai latihan secara praktikal di laut,” tambahnya sambil menyarankan agar lebih ramai golongan muda menceburi bidang ini.

“Bidang maritim sememangnya menawarkan prospek kerja yang sangat luas dan wajar diceburi golongan muda yang berminat,” katanya lagi.

Bersama pensyarahnya, Kapten Noor Apandi Osnin (kiri) dan Mohd Hafizi Said (kanan) ketika penerimaan Anugerah Pembentang Terbaik si 1st International Maritime Safety Conference.

Pengalaman Di Eropah

Selain bidang maritim, Tan juga berkesempatan menimba pengalaman lain di luar negara apabila menyertai Explorer UK 2017, program musim panas yang dijalankan Aston University, Birmingham, England dengan tajaan sepenuhnya oleh Persatuan Alumni Universiti Aston Malaysia (AUAAM) dengan kerjasama Pendidikan Tinggi Malaysia.

“Objektif bagi program ini adalah untuk membantu pelajar dan memberi pendedahan mengenai isu-isu semasa seperti aspek sosial, politik, imigrasi, pendidikan, kebudayaan, pergaulan dan sebagainya.

“Sepanjang program ini, saya dapat ramai kawan dan benar-benar enjoy bukan sahaja dari segi akademik, malah juga sosial. Saya dapat melihat diri saya sebagai orang baru pada akhir program,” katanya teruja sambil mengucapkan terima kasih kepada AAUAM kerana memberikannya peluang melihat dan merealisasikan potensi sebenar sebagai langkah pertama untuk bersiap sedia menghadapi dunia luar sebaik menyelesaikan pengajian kelak.

Ketika mengikuti program Explorer UK di Princess Towel Warwick Castles, Warwick England.

Pembentang Terbaik Mastic 2018

Satu lagi pencapaian cemerlang diraih Tan ialah apabila dipilih Pembentang Terbaik (Best Presenter) dengan tajuk pembentangan kajian The Importance of Maritime English Proficiency in Other Marine Related Undergraduate Programs di 1st International Safety Conference MASTIC 2018 di Bintang Bali Resort, Bali.

Bertemakan Memupuk Pengetahuan, Profesionalisme dan Rangkaian Ke Arah Keselamatan Maritim Global dan Perlindungan Alam Sekitar, selain Malaysia, MASTIC 2018 yang menjadi medium terbaik penyelidik dan pelajar dalam mendalami maklumat dan pengalaman untuk memastikan penyelidikan terkini, pembangunan teknologi dan inovasi berkaitan keselamatan maritim, turut menerima penyerahan kertas kajian dari dari Indonesia, Norway, Jepun, Australia, China, United Kingdom, Korea Selatan, Sweden dan Taiwan.

Nama: Tan Chiew Sia

Asal: Pasir Mas, Kelantan

Adik-beradik: 4 beradik, anak ke-3

Pendidikan:

- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yok Eng

- Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong (Tingkatan 1-3)

- MRSM Kuala Terengganu (Tingkatan 4-5)

- Diploma dan kini sedang mengikuti peringkat ijazah di UMT

Pencapaian Kebangsaan

2013-2015:

- Atlet catur bagi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

- Menyertai Kejohanan Tertutup Catur UMT

- Menyertai Program Star (Keperibadian Unggul Akademik Cemerlang)

- Kejohanan Catur Sektor Pendidikan Terengganu Peringkat Negeri Terengganu Siri 2.0 (ke-3)

- Water Sport - Monsoon Cup acara pelayaran Bot Foundation 36 (ke-5)

- Water Sport - Ezsail Championship acara Bot Laser Radial (ke-6)

2016:

- Bendahari Terhormat, Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

- Penerima Biasiswa Fair and Lovely 2016 (Unilever Malaysia)

- Semi-Finalist Marykay Beauty Contest

- Atlet catur bagi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)

- Memperoleh Lesen Selaman Scuba (Open Water 20 - RAID)

2017:

- Krew dan Peserta Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan (KPMK)

- Menyertai Program Esprit De Corps

- Menyertai Langkawi International Maritime Aerospace Exhibition (LIMA)

- Women Cycling Convoy in conjunction with World Women’s Day 2017

- Memperoleh sijil Basic Training Oil and Chemical Tanker (BTOCT), Security Awareness (SA), Basic Traning (BT) dan Designated Security Duties (DSD) daripada Jabatan Laut Malaysia

2013-2018: Penerima Anugerah Kecemerlangan Dekan

Pencapaian Antarabangsa (2017-2018)

- Wakil universiti dalam sukan pelayaran 15th Royal Langkawi International Regatta (RLIR) dengan kemenangan tempat ke-4

- Wakil pelajar Malaysia sebagai Penerima Hadiah Latihan AUAAM Education Fund

- Duta Youth Ambassador for Peace anjuran Women’s Federation for World Peace (WFWP)