UNIVERSITI Malaya (UM) membawa perubahan baharu dalam dunia pengajian tinggi di Malaysia dengan menawarkan peluang kepada penuntut tempatan untuk membuat permohonan secara terus bagi menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, untuk pengambilan tahun akademik bermula September 2017.

Mereka yang berminat boleh memohon secara dalam talian melalui http://umcced.edu.my/index.php/engineering.

“Kami berbesar hati untuk menawarkan penuntut Malaysia peluang menyambung pengajian di sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang kejuruteraan.

"Kami amat memberi penekanan kepada pemilihan penuntut yang cemerlang, dan graduan akan ditawarkan peluang untuk menyertai fakulti kami yang bertaraf dunia,” kata Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.

Permohonan dibuka kepada pelajar yang memiliki taraf pendidikan A-Level, Diploma Sarjana Muda Antarabangsa (IB), Matrikulasi/ Pengajian Asasi, Diploma, STPM dan lain-lain kelayakan yang memenuhi syarat kemasukan ke program-program kejuruteraan.

“Ijazah kami memiliki akreditasi daripada Lembaga Jurutera Malaysia dan Washington Accord yang membolehkan graduan kami mendapat peluang pekerjaan di seluruh dunia,” kata Noor Azuan.

Menurutnya, yuran pengajian untuk program ijazah selama empat tahun itu juga amat berpatutan dengan bayaran hanya RM90,000.

Fakulti Kejuruteraan UM berada di tangga ke-35 dalam penarafan QS World University Rankings 2017 baru-baru ini. Kedudukan itu adalah lebih tinggi berbanding fakulti kejuruteraan di Princeton (ke-37), University of Sydney (ke-41) dan Cornell (ke-47).

Dalam penarafan QS Rankings mengikut subjek pula, bidang kejuruteraan elektrik UM berada di tangga ke-23, diikuti dengan kejuruteraan mekanikal di tangga ke-33 dan kejuruteraan kimia di tangga ke-38, iaitu setaraf dengan universiti terkemuka lain di seluruh dunia.

Penuntut akan dilengkapi dengan kemahiran aplikasi dunia sebenar dalam pelbagai industri di UM memandangkan syarikat seperti Daikin, Össur dari Iceland, Rohde & Schwarz, Motorola Solutions, dan Proton telah menubuhkan pusat inovasi masing-masing di kampus kejuruteraan.

Lima program ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di https://engine.um.edu.my. Mereka yang berminat juga boleh menghubungi Unit Perniagaan Kejuruteraan secara terus di engr.biz@um.edu.my atau +6010-2397979. Tarikh tutup permohonan adalah pada Jumaat, 25 Ogos 2017.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • INISIATIF penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy atau RE) merupakan antara idea bernas yang dicadangkan peserta belia dalam memelihara persekitaran negara menjelang 2050. Ia merupakan antara aspirasi belia pada program Have YOUR Say - TN50 & the Future of Malaysia’s Natural Environment.
  • SITUASI penghijrahan warga Malaysia (brain drain) ke luar negara harus dilihat dari sudut berbeza, di mana golongan tersebut mampu menyumbang kepada negara khususnya sebagai ejen rangkaian teknologi serta perniagaan baharu buat Malaysia.
  • ATLAS.ti merupakan perisian komputer berasal dari Jerman yang digunakan khusus untuk menganalisis dan menterjemahkan data kualitatif. Ia perisian canggih yang membantu mengatur, menyusun semula dan menguruskan bahan dengan cara kreatif dan sistematik.
  • PERNAH mendapat anugerah Ikon Mahasiswa UKM, Anugerah Insan Jauhari Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan serta Anugerah Ikon Lelaki Temasya Gemilang Keris Mas UKM, itu antara pencapaian boleh dibanggakan Arvend Applasamy, 23, sepanjang pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • UNIVERSITI Teknologi Kreatif Limkokwing, universiti Malaysia paling global, bergerak ke tahap baharu dan menarik dalam perjalanan perintisnya sebagai sebuah institusi antarabangsa unik yang komited untuk memupuk dan memajukan inovasi dan kreativiti dalam pendidikan, latihan, industri dan industri kreatif.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.