SERAMAI 30 pelajar program Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Antarabangsa YPC, Cheras, Kuala Lumpur menyertai lawatan sambil belajar di Muzium Penjara Bandar Hilir, Melaka, anjuran pihak kolej awal Mei lalu.

Pensyarah undang-undang juga selaku penganjur aktiviti, Suriza NoorFahmi Hashim berkata, aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan sejarah penjara di Malaysia, serta mendedahkan mereka dengan kehidupan sebenar di dalam penjara.

Pada sesi lawatan itu pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan, dan dipimpin seorang pegawai penjara.

Pelajar dibawa melawat dalam penjara dan diberi penerangan mengenai susur galur penjara dan aktiviti yang terdapat di dalam penjara.

Mereka juga didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang sangat berharga. Lawatan mengambil masa tiga jam.

Kumpulan pelajar juga dibawa melawat ke sekitar penjara yang mempunyai bilik tahanan banduan, sel penjara, bengkel, bilik lukisan, kolam mandi banduan, bilik jahitan, dan bilik gantung.

Pengetua kolej, Datuk Dr Noel Robert berkata, objektif aktiviti yang menuntut kekuatan mental dan emosi juga adalah tercapai. Ia juga melatih mereka untuk meningkatkan komunikasi, berdisiplin serta mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KITA selalu mendengar nama-nama pemimpin gergasi seperti Erdogan, Barrack Obama, Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim ataupun yang lainnya memecah kesunyian umat mencari seorang ketua yang mampu merubah kekusutan.
  • PROGRAM Siswa Sihat (Prosis) merupakan program bertemakan Siswa Sihat, Siswa Cergas, kerjasama Human Aid Malaysia bersama kelab/persatuan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seremban iaitu GPMS, MPP, CASS dan BACAS dalam menyertai program dinamakan Let’s Give a Hand - hulurkan tangan, ringankan beban Rohingya 2.0.
  • KOLEJ Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS), semakin mendapat tempat di kalangan belia terutama lepasan sekolah. Model pendidikan kompeten menjadikannya antara institusi berprestij yang menjadi pilihan di negara ini.
  • DAPAT anugerah cemerlang??? Macam tak percaya saja... Kalau zaman sekolah dulu dialah paling senyap dan sangat pemalu. Sudah rezekinya, dalam pada begitu pun dapat masuk universiti...
  • TERAS strategik kedua termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-11, RMK11 (2016-2020), memberi penekanan usaha memperkukuh daya tahan ekonomi makro untuk pertumbuhan mampan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.