SERAMAI 200 pelajar dari Himpunan Mahasiswa Kelantan (Himsak) telah menyertai program gotong-royong perdana Himsak di Tanah Perkuburan Bukit Chenda, Gunong, baru-baru ini.

Presiden Himsak, Datuk Mohd Faizal Daud berkata, program itu adalah salah satu agenda Himsak turun padang bersama masyarakat setempat.

“Ini adalah sebahagian dari kerja sosial kami bersama masyarakat setempat walaupun kini dalam musim cuti semester.

“Justeru kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir sama dalam program gotong-royong itu termasuk Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Datuk Dr Husaini Omar dan Penyelaras Dun Jelawat, Mohd Radzuan Hamat bersama pentadbir mukim serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) setempat,” katanya.

Manakala Mohd Radzuan sebagai tuan rumah ketika ditemui berkata, program pelajar turun padang bersama penduduk setempat itu amat baik untuk mewujudkan hubungan dua hala di antara mereka.

Beliau berkata, ia adalah salah satu langkah awal untuk pelajar mengenal jati diri dan berkolaborasi dalam aktiviti bersama penduduk setempat sebelum keluar ke alam pekerjaan.

Mohd Radzuan (kiri) turut serta dalam gotong-royong bersama mahasiswa Himsak membersihkan Tanah Perkuburan Bukit Chenda, Gunong.

“Program pelajar bersama penduduk setempat ini amat dialu-alukan oleh kami kepimpinan setempat dalam usaha menjalinkan hubungan dua hala bersama mahasiswa.

“Melalui aktiviti ini mahasiswa akan turun padang melihat cara hidup kami dan lebih baik ialah ketika melakukan kegiatan kebajikan di tanah perkuburan ini ia akan mengingatkan kita tentang kematian, sekali gus sebagai suatu motivasi menginsafkan diri untuk menghadapi hari–hari mendatang,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU SELANGOR - Darul Quran mencatatkan sejarah apabila mengembangkan program Sijil Asas Tahfiz al-Quran dengan kemasukan pelajar saudara baharu daripada bangsa India, Cina, pribumi Sabah dan Sarawak Orang Asli.
  • MENDAKI gunung kini antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran golongan remaja dan belia terutama penuntut universiti.
  • Inovasi kapsul di ekstrak daripada daun gelenggang untuk merawat sembelit yang dibangunkan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah memenangi Anugerah Terbaik Kategori Pelajar dalam Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (Citrex) 2018.
  • Politeknik Kota Bharu akan melaksanakan program outreach menggunakan pelajarnya dalam usaha menarik minat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian teknikal di institusi itu.