KITA selalu mendengar nama-nama pemimpin gergasi seperti Erdogan, Barrack Obama, Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim ataupun yang lainnya memecah kesunyian umat mencari seorang ketua yang mampu merubah kekusutan.

Persoalan besar di sini, bagaimana mereka ini dikatakan pembawa perubahan? Adakah kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai? Atau berjawatan tinggi di dalam organisasi masing-masing? Ataupun mereka ini mempunyai pidato yang berwibawa?

Sebenarnya, penulis melihat apa yang dinamakan masa depan itu sebenarnya sudah kita masuki. Malah kita sudah berada di dalam suatu persaingan sengit yang akan membelah warga dunia kepada kelompok menang ataupun kalah.

Di kelompok mana umat kita akan berada, tergantung kepada kualiti dan daya saing mereka sendiri. Ini bererti umat memerlukan suatu proses transformasi jiwa dan minda demi mencapai kualiti yang memungkinkan mereka menyertai kelompok menang.

Tugas besar mentransformasikan ini memerlukan kehadiran sejenis kepimpinan diistilahkan sebagai transforming leader iaitu pemimpin yang mampu merubah umat, menggilap bakat, mengembang potensi dan menyegar nilai-nilai unggul seorang berkarisma di dalam menyelesaikan sesuatu kemelut.

Inilah yang dicari lagi perlu digali umat. Bahkan dengan ungkapan lain, kita memerlukan kehadiran pemimpin yang mampu membangun umat. Bukan sekadar mengarah tetapi harus tahu dan mampu mendidik umat.

Di dalam dunia kepimpinan mahasiswa yang lalu, penulis ghairah dengan satu frasa keramat begitu masyhur menjadi sandaran kepimpinan mahasiswa ketika itu; 'Tidak ada percetakan yang bisa mencetak pemimpin.'

Disambung lagi, 'pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi muncul di tengah-tengah pergomolan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung umat'. Nah, ini juga ungkapan keramat pemimpin yang menjiwai erti kepimpinan iaitu Al-Marhum Bapak Mohammad Natsir (mantan Perdana Menteri Republik Indonesia).

Penulis cenderung untuk menyenaraikan beberapa ciri penting yang sepatutnya ada sifat khusus bagi seorang transforming leader (seperti disenaraikan dalam Naskhah Kepimpinan Melayu dan Era Perubahan):

1- Perlunya menampilkan pemimpin tepat pada waktu atau situasi yang tepat seperti berlaku dalam sejarah kepimpinan Islam di mana Sayidina Abu Bakral-Siddiq yang ketika itu merupakan khalifah mengangkat Khalidal-Walid mengepalai tentera Islam menggantikan Abu Ubaydahal-Jarrah bagi menghadapi ancaman kuasa besar dunia iaitu Rom-Parsi.

Namun, sebaliknya berlaku pada zaman Sayidina Umar al-Khattab menjadi khalifah, di mana Umar menukarkan Khalid bin al-Walid yang mempunyai ‘track record’ cukup cemerlang di dalam peperangan-peperangan Islam di atas sebab yang tersendiri.  

2- Akan lebih beruntung andainya umat ini mempunyai pemimpin berkarisma yang biasanya memiliki kekuatan wibawa dan daya pikat luar biasa. Tetapi awas, terkadang karisma itu juga membawa akibat negatif jika ia diiringi dengan sikap angkuh.

3- Perancangan juga meliputi penilaian tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada seseorang pemimpin. Mesti dan harus bermula pada pemimpin yang mempunyai seninya dalam pembuatan keputusan (decision making) kerana tidak akan ada perancangan tanpa terlebih dahulu membuat keputusan. Sudah pasti, individu yang bertanggungjawab menentukan keputusan memerlukan kekuatan intelektual.

Secara kesimpulannya, penulis suka untuk memetik isi ranum dalam buku HakazaZaharaJailu Salahuddin Wa Hakaza ‘Adat Al-Quds’ (Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Tangan Umat Islam) karangan Dr Majid Irsan Kaylani.

Kata beliau; “Antara cara berfikir dan bertindak yang melemahkan umat termasuklah ‘hero-worshipping’ atau ‘personality-centered’ yang jelas sekali membantutkan perkembangan dan menumpulkan kreativiti pasukan organisasi.”

Dr Majid memaparkan kemunculan fenomena Salahuddin al-Ayubi bukanlah atas dasar one-man show tetapi terbina dari beberapa generasi sebelumnya yang bersiap membina umat untuk mencapai visi sama iaitu pembebasan Al-Quds.

OLEH:

Muhammad Wafiuddin Rosli, Mahasiswa Tahun Akhir Sarjana Muda Syariah dan Ekonomi Universiti Malaya,

Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sesi 2015/2016.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • INISIATIF penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy atau RE) merupakan antara idea bernas yang dicadangkan peserta belia dalam memelihara persekitaran negara menjelang 2050. Ia merupakan antara aspirasi belia pada program Have YOUR Say - TN50 & the Future of Malaysia’s Natural Environment.
  • SITUASI penghijrahan warga Malaysia (brain drain) ke luar negara harus dilihat dari sudut berbeza, di mana golongan tersebut mampu menyumbang kepada negara khususnya sebagai ejen rangkaian teknologi serta perniagaan baharu buat Malaysia.
  • ATLAS.ti merupakan perisian komputer berasal dari Jerman yang digunakan khusus untuk menganalisis dan menterjemahkan data kualitatif. Ia perisian canggih yang membantu mengatur, menyusun semula dan menguruskan bahan dengan cara kreatif dan sistematik.
  • PERNAH mendapat anugerah Ikon Mahasiswa UKM, Anugerah Insan Jauhari Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan serta Anugerah Ikon Lelaki Temasya Gemilang Keris Mas UKM, itu antara pencapaian boleh dibanggakan Arvend Applasamy, 23, sepanjang pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • UNIVERSITI Teknologi Kreatif Limkokwing, universiti Malaysia paling global, bergerak ke tahap baharu dan menarik dalam perjalanan perintisnya sebagai sebuah institusi antarabangsa unik yang komited untuk memupuk dan memajukan inovasi dan kreativiti dalam pendidikan, latihan, industri dan industri kreatif.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.