MENDAKI gunung kini antara aktiviti riadah yang menjadi kegemaran golongan remaja dan belia terutama penuntut universiti.

Meskipun mendaki dianggap satu aktiviti ekstrem kerana ia memerlukan stamina fizikal dan mental yang kuat, namun ia bukan penghalang buat 28 atlet Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) untuk menawan puncak Gunung Irau, di Cameron Highland.

Ketua ekspedisi itu, Nur Muhammad Hafiz Shamsuddin berkata, ekspedisi bertujuan membentuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan sekali gus menambah stamina peserta.

“Saya percaya melalui ekspedisi ini peserta dapat mencabar diri sekali gus menguji ketahanan fizikal dan mental mereka ketika mendaki.

“Di samping itu peserta juga dapat melihat keindahan alam semula jadi sepanjang pendakian ke puncak Gunung Irau,” katanya kepada Sinar Harian di Kuantan, semalam.

Menurutnya, ekspedisi yang dianjurkan Sekretariat Sukan Kuipsas dan Majlis Perwakilan Pelajar Kuipsas itu mendapat sokongan penuh daripada Rektor, Datuk Yahya Zainal Abidin.

“Kumpulan ini bergerak mendaki bermula seawal jam 6 pagi dan tiba di puncak pada tengah hari. Gunung ini dipilih kerana unik dan dikatakan antara yang tercantik.

Peserta memanaskan badan terlebih dahulu.

“Pelbagai keindahan flora dan fauna dapat dilihat sepanjang mendaki dan lumut tumbuh di batu-batu itu juga nampak cantik, selain kawasannya yang sejuk,” katanya.

Nur Muhammad Hafiz berkata, pihaknya bercadang untuk menjadikan ekspedisi tersebut sebagai aktiviti tahunan penuntut Kuipsas sekali gus memupuk semangat kekitaan dan rasa cinta kepada khazanah negara.

“Ini kali pertama saya anjurkan ekspedisi, nampaknya ia berjaya dan pasti saya akan anjurkan lagi program sebegini pada masa akan datang.

<
Peserta memerlukan ketahanan fizikal dan mental sepanjang pendakian.

“Lepas ini mungkin melibatkan penuntut dalam kuantiti lebih ramai, Insya-ALLAH,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU SELANGOR - Darul Quran mencatatkan sejarah apabila mengembangkan program Sijil Asas Tahfiz al-Quran dengan kemasukan pelajar saudara baharu daripada bangsa India, Cina, pribumi Sabah dan Sarawak Orang Asli.
  • SERAMAI 200 pelajar dari Himpunan Mahasiswa Kelantan (Himsak) telah menyertai program gotong-royong perdana Himsak di Tanah Perkuburan Bukit Chenda, Gunong, baru-baru ini.
  • Inovasi kapsul di ekstrak daripada daun gelenggang untuk merawat sembelit yang dibangunkan penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah memenangi Anugerah Terbaik Kategori Pelajar dalam Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (Citrex) 2018.
  • Politeknik Kota Bharu akan melaksanakan program outreach menggunakan pelajarnya dalam usaha menarik minat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian teknikal di institusi itu.