KUALA LUMPUR - Jiwa Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Flonic Hi-Tec Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM6.645 juta daripada Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd (MSRSB).
    
MSRSB ialah pemaju blok pangsapuri perkhidmatan lapan tingkat dengan 222 unit, di Lumut,Perak.
    
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Flonic berkata kontrak itu membabitkan bekalan bahan, pekerja dan peralatan untuk memasang dinding dan kemasan lantai serta menyiapkan kerja-kerja hiasan dalaman.
    
Ia berkata kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan, aset bersih sesaham dan nisbah hutang Flonic group bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2014. - Bernama