KUALA KRAI - Tindakan seorang lelaki cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyorok 600 pil kuda bernilai RM6,000 dalam soket rumahnya gagal apabila berjaya dihidu pihak polis yang menyerbu kediamannya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, terdapat 10 biji pil ditemui dalam setiap bungkusan.

“Berikutan itu, suspek direman tujuh hari bermula semalam.

“Selain daripada itu, dua motosikal milik suspek turut disita dipercayai dibeli dengan wang hasil jualan dadah,” katanya.

Abdullah berkata, hasil saringan air kencing ke atas suspek bagaimanapun negatif dan

berkemungkinan lelaki berusia 35 tahun itu hanya mengedar pil terlarang tersebut.

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.