Seludup rokok RM1.3j gagal
$entry.content.caption.value

BANDA HILIR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok tidak sah membabitkan nilai dan cukai sebanyak RM1.3 juta.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd Nasir Said berkata, turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an iaitu pemandu lori yang membawa rokok seludup berkenaan.

Menurutnya, lori yang membawa 13,200 karton rokok jenama Tex, dipercayai diseludup dari selatan negara jiran.

“Rokok ini akan diedarkan ke pasaran gelap di sekitar Lembah Klang.

"Kita mendapati rokok ini tidak dilekatkan dengan setem cukai Malaysia, manakala, syarikat pemilik yang tertera juga tidak wujud dan tidak beroperasi,” katanya pada sidang media di Bahagian Penguat kuasa Kastam di sini, semalam.

Mohd Nasir berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan mengangkut barang larangan.

“Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (1) (iii)(aa) iaitu denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak melebihi 20 kali nilai dagangan atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.