KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur telah mengesan kediaman mangsa kes bunuh yang ditemui dikerat beberapa bahagian dan dimasukkan dalam beg yang ditemui di Sungai Klang 5 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan lanjut masih giat dijalankan.

"Pihak polis telah berjaya menjumpai tempat di mana mangsa dipercayai tinggal.

"Lanjutan daripada itu, butiran diri mangsa telah diperolehi dan siasatan serta pengesahan sedang giat dijalankan.

"Beberapa barang kes telah diambil dari tempat kejadian yang dipercayai ada kaitan dengan

siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, polis menggesa orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung kes tersebut.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintendan Faizal Abdullah (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 012-4834439, De[puti Superintendan Gunalan a/l Muniandy (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi) di talian 019-3114418," katanya.