KUALA LUMPUR - Bekas pegawai khas kepada timbalan menteri yang ditahan kerana kantoi merakam video di bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya telah dibebaskan malam tadi.

Memetik laporan Utusan Malaysia Online, perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy.

Munusamy memaklumkan, lelaki berusia 47 tahun itu dibebaskan pada pukul 10 malam dengan jaminan polis.

Lelaki yang merupakan bekas pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman itu ditahan kira-kira pukul 1 petang di sebuah restoran di ibu negara semalam bagi membantu siasatan.

Sabtu lalu, satu laporan polis dibuat mangsa yang bertugas sebagai juruoptik di Publika Solaris Dutamas.

Mangsa mendakwa suspek melakukan perbuatan itu ketika dia sedang menjalankan pemeriksaan mata terhadap Mohd. Azis.

Perbuatan tersebut dira­kam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di laman sosial.

Mohd Azis kemudian mengeluarkan satu ke­nyataan di Facebook peribadinya memaklumkan pegawai tersebut telah dipecat serta merta.

[ARTIKEL BERKAITAN: Rakam bawah skirt: Pegawai timbalan menteri dipecah]