PETALING JAYA- Tiga lelaki ditahan polis kerana terlibat di dalam  satu  pergaduhan  di luar Kolej Tingkatan 6, Jalan PJS 5 di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata pergaduhan yang tercetus pada  kira-kira pukul 1 tengah hari itu disyaki berpunca daripada  provokasi berbaur politik antara mereka.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka berumur antara 30 hingga 50 tahun ditahan pada pukul 3 petang berhampiran tempat kejadian pergaduhan itu.

Dua daripada mereka mengalami kecederaan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh, katanya- Bernama