BUTTERWORTH - Gerak- geri mencurigakan seorang lelaki yang juga merupakan peniaga akhirnya menemukan beberapa paket dadah bersamanya.

Suspek yang juga merupakan warga tempatan itu berusia dalam lingkungan 51 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata suspek ditahan sepasukan anggota dan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seberang Perai Utara di sebuah pangsapuri di sini.

“Hasil pemeriksaan di bilik kedua rumah tersebut telah menjumpai sepaket plastik lutsinar dan satu keratan straw yang mengandungi bahan disyaki dadah jenis Heroin.

“Suspek dan barang kes kemudiannya dibawa ke IPD Seberang Perai Utara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati dadah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri.

“Nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM320.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis jenis morfin dan methaphatamine,” katanya.

Tambahnya, suspek kini direman tujuh hari bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952  iaitu Mengedar Dadah Berbahaya dan memasukkan dadah ke dalam badan di bawah Seksyen15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.