IPOH - Dua peniaga direman sehari bagi membantu siasatan kes berhubung kematian dua lelaki dan tiga masih menerima rawatan dipercayai akibat keracunan alkohol di sini.

Lelaki berusia 44 dan 38 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini,kira-kira jam 10.15 pagi.

Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi membenarkan permohonan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semalam, polis menahan kedua-dua suspek dalam serbuan di dua premis perniagaan di Bercham dan Chemor yang disyaki tempat mangsa membeli minuman keras.

[Artikel berkaitan: Polis serbu kedai jual ‘arak beracun’]

Dua kematian melibatkan lelaki warga tempatan berusia 50 dan 39 tahun direkodkan pada Isnin dan Selasa lalu dipercayai akibat keracunan alkohol.

[Artikel berkaitan: Keracunan alkohol: Dua kematian di Perak]