KOTA BHARU – Mayat lelaki warga Myanmar yang ditemui mati di kaki lima Jalan Salor semalam ditikam bertubi-tubi dipercayai dengan gunting.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, berdasarkan hasil bedah siasat mendapati ada 10 kesan tikaman di bahagian dada mangsa dan dua daripadanya tikaman yang sangat dalam sehingga kena pada paru-paru.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Myanmar maut ditikam]

“Identiti mangsa sudah dikenal pasti iaitu Abdullah Sayat Karim berusia 42 tahun dan adalah pemegang kad UNCHR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian).

“Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang penyerang dengan menggunakan gunting. Dua tikaman yang kena pada paru-parunya menyebabkan mangsa meninggal dunia,” katanya pada sidang media hari ini.