SHAH ALAM - Seorang bekas Adun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan RM50,000.

Wanita berusia 56 tahun itu ditahan jam 5.50 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan, hari ini.

Menurut sumber, beliau dipercayai tersebut  melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dun yang mana syarikat tersebut merupakan syarikat milik anaknya.

Sementara, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman esok.