180 geng kongsi gelap ditahan


IPOH - Polis menahan 180 orang, tujuh daripada mereka wanita yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dalam serbuan
di sebuah rumah rehat, di Teluk Batik, Lumut 110 km dari sini malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata mereka yang berumur antara 17 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan pada pukul 9 malam hasil maklumat orang
awam.

Antara yang ditahan ialah 39 pelajar sekolah berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia minggu depan dan beberapa orang
penjawat awam, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati satu upacara angkat sumpah turut diadakan di rumah rehat itu.

Shukri berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan.