• Ziana Zain Ziana Zain
  • Ziana Zain dilantik menjadi duta produk Safi Rania Diamond Ziana Zain dilantik menjadi duta produk Safi Rania Diamond
1 /

MELIHAT raut wajahnya, pasti tiada siapa menyangka usia penyanyi kesayangan ramai ini sudah mencecah ke angka 45 tahun.

Berketerampilan menarik juga antara faktor pelantun lagu Madah Berhelah ini sentiasa kelihatan awet muda.

Di sebalik semua itu, ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui dia sebenarnya seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.

Atas dasar mahu tampak menawan sentiasa, isteri kepada Armin Zaharin Mohd Zamberi ini pernah membuat pengakuan mengambil suntikan kolagen pada wajahnya suatu ketika dahulu.

Namun, setelah sedar akan kesannya, insan seni yang dikenali sebagai Ziana Zain ini akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan suntikan kolagen tersebut.

"Saya antara wanita yang sangat mengambil berat mengenai kecantikan, apabila usia meningkat, kulit wajah dan bentuk badan kita turut menerima kesan.

"Ketika itu saya mulai risau dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku terhadap diri, jadi saya mencuba pelbagai inisiatif untuk memastikan diri kekal cantik seperti kini," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran duta produk kecantikan Safi Rania Diamond baru-baru ini.

Jelas Ziana, pengambilan suntikan kolagen memang memberi kesan ketara kepada kulit wajahnya.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui kesan jangka panjangnya, saya jadi bimbang dan terus meninggalkannya.

"Walaupun ia mampu membuatkan kulit kita lebih cantik, tegang dan bermaya tetapi jika diambil secara berlebihan ia boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang," katanya selesa mengamalkan petua tradisional dalam memelihara kecantikan.

 Tidak salah mencuba

Berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta produk Safi Rania Diamond pula, akui Ziana, produk itu telah memberi nafas baru dari aspek penjagaan kulit wajah kepadanya.

"Apabila dilamar oleh Sari Rania Diamond, memang saya teruja, saya fikir apa salahnya mencuba.

"Lagipun saya memang suka mengkaji perkara atau produk baru yang berkaitan dengan kecantikan," katanya mengambil masa tiga bulan mencuba produk itu sebelum berpuas hati dengan kesannya.

Dalam pada itu, jelas Ziana apa yang penting, produk yang digunakan haruslah memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.

"Saya jarang bertukar-tukar produk, biasanya produk yang saya gunakan dalam tempoh yang lama, namun jika merasakan tiada sebarang perubahan pada kulit wajah, saya hanya menukar selepas setahun," kata pengusaha produk kecantikan B.Lift ini.

Di aju pertanyaan, tidakkah penglibatannya sebagai duta Safi Rania Diamond bercanggah dengan produk miliknya itu, kata Ziana, ia tidak memberi sebarang masalah kepadanya.

"Produk Sari Rania Diamond di aplikasi secara luaran, manakala B Lift pula adalah untuk kesihatan dari dalaman," katanya telah mengikat kontrak menjadi duta produk ini selama dua tahun.

 Jangan tua sebelum usia

Dalam pada itu, Ziana sempat berpesan kepada wanita di luar sana supaya peka dengan kecantikan diri.

"Semua ini bukan untuk orang lain, sebaliknya diri kita sendiri. Apabila kekal cantik dengan menggunakan produk yang sesuai, pastinya kita berasa lebih yakin dan selesa untuk tampil di depan khalayak," ujar Ziana jangan terlalu obses terhadap
kecantikan sehingga membahayakan diri sendiri.

Tambah Ziana, jika dahulu dia sukar menerima hakikat melihat perubahan dirinya seiring dengan usia, namun kini dia berbangga kerana mampu kelihatan cantik meskipun umurnya semakin meningkat.

“Bagi saya, biarlah kita menikmati usia tua dengan seadanya, apabila fasa kulit dan badan kita berjalan secara normal, kita akan berasa lebih sihat.

“Hakikatnya, kita tidak boleh mengembalikan kulit wajah dan badan kita semasa masa muda, jadi hanya rawat ia mengikut peredaran masa dengan betul sahaja," katanya asalkan jangan tua sebelum usia.

 Gembira penerimaan suami

Selain Ziana, suaminya Armin turut terlibat dalam pembikinan komersial produk ini.

Menurut Ziana, meskipun bimbang pada awalnya, namun dia gembira apabila suaminya itu menerima lamaran membintangi komersial itu dengan terbuka.

"Ini kali pertama dia terlibat dengan pembikinan iklan yang memerlukan dia bercakap.

"Mula-mula memang risau dia tidak setuju, tetapi bila dia kata 'ok', memang saya terkejut dan gembira sangat," katanya.

Akui Ziana juga, komersial tersebut turut memberi makna kepadanya.

"Sama seperti komersial ini, Armin akan melihat saya setiap hari ketika saya menyambut kepulangannya di rumah.

"Biasanya ketika itulah dia melihat perubahan saya, sama ada bentuk badan, wajah dan sebagainya," katanya mendapat sokongan Armin berkenaan kecantikan diri.

Tambah Ziana, dia juga bertuah kerana Armin tidak pernah memberi tekanan kepadanya meskipun perubahan demi perubahan dialami dari segi bentuk badan dan kulit wajah.

"Selepas saya mengandung, saya mula risau dengan kenaikan berat badan yang mendadak, namun Armin seorang yang rilek dan dia sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya yang saya boleh lakukannya," katanya.

Ziana paling layak

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan Diva Pop itu, pengurus kumpulan produk Safi, Mahsuri Sulaiman berkata, pihaknya telah membuat kaji selidik untuk mendapatkan selebriti paling layak menjadi duta produk ini.

"Dalam kajian yang dijalankan rata-rata respons memihak kepada Ziana, jadi kami sepakat memilih dia," ujar Mahsuri Safi Rania Diamond melengkapkan kembara cantik setiap wanita.

Dalam pada itu, jelas Mahsuri, produk ini disediakan khusus untuk wanita berusia 40-an.

"Formula Nano Diamond DNA technology bukan sahaja mengurangkan kedutan dan garisan halus pada wajah tetapi ia juga merawat, merangsang, mengaktifkan dan menjana pembentukan sel kolagen dan elastin kulit pada kadar dua kali ganda bermula dengan olesan yang pertama," jelasnya Safi Rania Diamond adalah rangkaian produk anti penuaan kedua Safi selepas rangkaian produk anti penuaan Safi Rania Gold dengan rumusan Nano Emas 24k.

Tegas Mahsuri, dia berharap pilihan produk premium ini memperkayakan lagi rejim kecantikan antipenuaan wanita di negara ini.

"Rangkaian premium ini turut dilengkapi dengan lima produk teras yang berfungsi khusus untuk mengembalikan pesona keremajaan kulit," katanya lagi.

Lima rangkaian produk tersebut ialah Skrub Krim Mikrodermabrasion Safi Rania Diamond, Booster Peremajaan Sel Safi Rania Diamond, Serum Rawatan Intensif Safi Rania Diamond, Krim Antipenuaan SPF27PA Safi Rania Diamond dan Krim Regenerasi
Sel Safi Rania Diamond.


Profil
Nama sebenar: Siti Roziana Binti Mohammad Zain
Tarikh Lahir: 2 Mei 1968
 Asal : Kampung Simpang Merlimau, Melaka
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, model, duta produk
Karier awal: Pramugari
Tinggi: 5’ 3” (1.60 m)
Anak : Muhammad Airil, Siti NurQaseh, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.
Suami: Armin Zaharin Mohd Zamberi
Duta: SlimWorld , Tilam Vono, Nutrimetics, Omega, Avon, Antabax
Drama: Serunding, Cermin Pada Bulan, 4 Diva Sekampung, Tetamu Allah dan Nur Kasih Di Jabal Rahmah
Program realiti: Mentor musim keempat (Mentor 4)
Filem: Sembilu 1 dan 2, Maria Mariana, Merah, Pontianak Menjerit dan Qabil Khushry Qabil Igam, Magika