PENYANYI  Zarul Husin mengalami kecederaan retak pada tulang kakinya.

Bedasarkan gambar x-ray yang disertakan, bintang berusia  45 tahun itu mengalami kecederaan di jari kelingking kaki kanannya.

Menerusi beberapa komen di Instagram miliknya, Zarul memaklumkan dia mengalami kecederaan tersebut akibat terjatuh.

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Take a deep breath," tulisnya di Instagram.

how must go on #gegarvaganza2018 #cekelathoney #retaktulangkaki #zarulhusin #zarulumbrella

Biarpun cedera, Zarul akan tetap muncul pada konsert keempat Gegar Vaganza musim kelima, Ahad ini dan akan berduet bersama Hetty Sarlene menerusi lagu Aku Cinta Aku Rindu.

Sementara itu, Hetty menerusi Instagram miliknya turut mendoakan agar Zarul cepat sembuh.