PELAKON Zainol Mac Wilson menegaskan dia tidak pernah  mempunyai masalah dengan Zul Ariffin yang dikatakan kini sedang berkawan rapat dengan anak perempuannya, Zahirah Mac Wilson.

Biarpun sebelum ini Zainol pernah membuat kenyataan tidak mahu Zahirah terbabit dengan cinta lokasi dengan mana-mana lelaki termasuk Zul, itu tidak bermakna dia memusuhi aktor terbabit.

Zainol yang ditemui di majlis sidang media DFKL yang berlangsung petang Selasa, bagaimanapun mengakui kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan Zul dalam sebuah program hiburan baru-baru ini yang meminta dirinya agar bersikap lebih matang.

“Usia saya kini dah nak masuk 60 tahun, malah sudah berkahwin  dua kali dan mempunyai empat orang anak yang sedang membesar. Saya rasa dah cukup matang tentang kehidupan.

“Jadi apakah kematangan yang dia maksudkan dengan kenyataan tersebut?

“Saya tak nak bermusuh dengan dia, malah tidak halang dia untuk berkawan dengan anak saya tapi cukup sekadar berkawan sahaja dan tidak perlu lebih daripada itu,” tegas Zainol.

Tambah Zainol, dia juga telah beberapa kali menasihati dan mengingatkan Zahirah agar hanya menumpukan perhatian pada kerjaya seni kerana tidak mahu fokus anaknya terganggu dengan kisah cinta.

“Saya memang ada hak untuk menegur dan menasihati anak saya. Walaupun Zahirah sudah berusia 23 tahun, tapi saya masih ayah dia,  masih lagi wujud.

“Dalam usia yang semuda itu, tak semestinya dia tahu semua. Saya anggap dia belum cukup matang lagi tentang kehidupan.

“Saya juga pernah berterus-terang dengan Zahirah, saya tak ada masalah kalau dia berkawan dengan Zul, tetapi jika sebaliknya (bercinta), dan saya saya masih hidup, saya takkan restu,” tegasnya.

Mengulas tentang kontroversi yang melanda Zahirah melibatkan pelakon kamal Adli sebelum ini, Zainol juga berpegang pada pendirian yang sama.

“Nasihat saya pada mana-mana pelakon, bila kita berada di lokasi fokuslah dan profesional dengan kerja. Kalau yang sudah ada isteri atau, tunang dan sebagainya pandai-pandailah bawa diri dan jaga batas.

“Mengenal isu Zahirah baru-baru ini, semesti sebagai bapa saya kesal apabila dia terheret dengan pelbagai anggapan sehingga orang tuduh dia sebagai perampas. Benda-benda seperti inilah yang saya tidak mahu dengar,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :