$entry.content.caption.value
LOS ANGELES - Bintang pop Whitney Houston ditemui lemas dalam air dan kelihatan tidak sedarkan diri di bilik air hotel Beverly Hills, kata polis semalam.
Dalam satu kenyataan bertulis untuk menamatkan pelbagai desas-desus mengenai kematiannya, Polis Beverly Hills berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti punca yang membawa kepada kematiannya.
Mendiang berusia 48 tahun.
"Houston ditarik keluar dari tempat dia mandi oleh pekerjanya dan juga anggota keselamatan hotel selepas dimaklumkan mengenai kejadian," kata kenyataan itu.
Artis yang berhadapan dengan masalah ketagihan dadah ditemui mati di ruang mandi bilik hotel Beverly Hills pada Sabtu lalu, sehari sebelum majlis Anugerah Grammy, sekali gus mengejutkan rakan, keluarga dan peminat-peminatnya.





