BERITA perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafril serta kelahiran seorang bayi pada 24 Ogos lalu bukan sahaja mengejutkan media dan peminat malah pihak pengurusan Wawa sendiri iaitu Metrowealth International Group (MIG).

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar David Teo berkata, beliau juga terkejut sebaik menerima berita itu kerana tidak mengetahui pernikahan dua pelakon berkenaan.

"Dua bulan lalu saya ada berjumpa dengan Wawa kerana dia memaklumkan sedang mengalami penyakit misteri. Apatah lagi ketika dia sedang bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir.

"Itu yang saya nampak misterinya dan saya suruh dia cepat-cepat balik ke Sabah untuk berubat. Dia berjanji akan pulang selepas Aidilfitri tapi sampai sekarang dia belum balik ke sini lagi. Ketika dia datang jumpa saya tu, dia bertudung.

"Kemudian dia tidak muncul-muncul dan Ahad lalu keluar cerita dia sudah berkahwin dan ada anak, saya pun terkejut," jelasnya.

David berkata, andai benar Wawa sudah berkahwin dan mempunyai anak, tiada apa-apa tindakan akan diambil ke atas teraju utama Budak Pailang itu sebaliknya mereka masih mengalu-alukan kepulangan Wawa kerana artis kelahiran Lahad Datu itu masih artis naungan MIG.

“Wawa tetap artis kami. Sekiranya dia mahu kembali dalam syarikat ini, kami akan menerimanya. Sekiranya ada sebarang perubahan dalam kontrak, kami akan berbincang bersama dia (Wawa),” katanya.

David juga memaklumkan dia ada bercadang mahu melawat Wawa di Sabah tetapi pelakon itu tidak membenarkan majikannya itu datang ke kampung halamannya.

Usaha Zass untuk mendapat kepastian daripada Wawa Zainal yang difahamkan hadir ke majlis tersebut gagal kerana aktres cantik itu tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGGIAT seni dinasihatkan supaya lebih pandai menyesuaikan diri ketika menghadiri sesebuah majlis bagi mengelak berlakunya insiden memalukan.
  • SUSULAN terdapat desakan daripada pihak tertentu yang meminta Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG), Mejar (K) Datuk David Teo mengemukakan permohonan maaf, beliau pula berpendapat sebaliknya.
  • PELAKON cantik, Wawa Zainal mengakui bahagia dengan kehidupannya kini, sebagai isteri kepada Aeril Zafrel dan ibu kepada dua cahaya mata comel, Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 1.
  • DEMI menyambut hari kelahiran isteri tersayang, pelakon, Aeril Zafrel telah membuat kejutan dengan membawa Wawa Zainal ke Lombok.
  • SAMBUTAN hangat terhadap drama Patahnya Sebelah Sayap yang turut mendapat 4.5 juta penonton pada episod akhir yang baru sahaja melabuhkan tirai 24 Oktober lalu, mendapat reaksi positif dari pembikin dan pelakonnya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.