$entry.content.caption.value
Bintang filem High School Musical, Vanessa Hudgens, berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Micheal Caine yang cukup berpengalaman dalam bidang muzik.
Menurut Vanessa, dia amat teruja berduet bersama penyanyi veteran tersebut menerusi kolaborasi pertama dalam filem, Journey 2.
“Micheal Caine adalah seorang legenda dan bakat yang ada pada dirinya amatlah berharga dan saya amat bertuah digandingkan bersamanya.
“Saya menyanyi bersamanya setiap hari sepanjang pembikinan filem itu dan ianya merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





