PENDAKWAH terkenal dari Indonesia, Jeffry Al Buchori atau lebih dikenali dengan nama Uje meninggal dunia, hari ini.

Uje, 40, dikejarkan ke Rumah Sakit Pondok Indah selepas mengalami kemalangan motosikal awal pagi ini.

Arwah meninggalkan seorang isteri, Pipik Dian Irawati dan empat orang anak, Adiba Khanza Az-Zahra, Mohammad Abidzar Al-Ghifari, Ayla Azuhro dan Daud Baurah.

Jenazah bakal dikebumikan di TPU Karet Bivak, Jakarta Pusat di mana arwah ayahnya disemadikan.

Sebelum aktif berdakwah, Uje sempat terlibat dalam dunia  malah pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik dalam Sepekan Sinetron Remaja pada tahun 1991.

Cara dan gaya berceramahnya yang berbeza serta disifatkan unik, Uje sentiasa menjadi pilihan golongan muda.

Uje juga sering menggunakan bahasa orang muda dan kerap menyelitkan lagu-lagu yang berunsur dakwah.

Malah Uje terkenal dengan suaranya yang lunak terutama ketika mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.

Beliau sempat mengeluarkan beberapa album serta berkolaborasi dengan penyanyi terkenal Indonesia, Opick dan Ungu.