• Raffi Ahmad dan Yuni Shara Raffi Ahmad dan Yuni Shara
1 /

Sejak menjalinkan hubungan cinta empat tahun lalu, tersebar khabar bahawa ibu Raffi Ahmad tidak merestui hubungan cinta anaknya itu dengan penyanyi, Yuni Shara.

Bagaimanapun kini, lain pula ceritanya apabila Yuni mendedahkan masih menunggu restu ibunya sebelum dia mengambil keputusan berkahwin dengan Raffi.

"Ibu mana yang tidak senang duduk melihat anaknya sudah berkawan lama dengan jejaka. Tapi jika mahu berkahwin lagi, saya mahu menunggu restu dari ibu saya dulu," katanya.

Yuni atau nama sebenarnya, Wahyu Setyaning Budi mengakui hal perkahwinan bukan boleh dipandang enteng dan banyak perkara yang harus difikirkan sebaik-baiknya agar ikatan itu kekal hingga ke akhirnya.