AKTRES Zila Bakarin telah memuat naik sekeping foto dirinya beserta kapsyen yang mengundang tanda tanya netizen di laman Instagram (IG) miliknya.

Foto yang dimuat naik umpama memberikan bayangan yang dia baru sahaja mengalami keguguran.

"Inilah takdirNya, ALLAH Maha memahami, tunggu mama di sana ya," tulisnya ringkas.

Biarpun tidak mengesahkan perkara itu, beberapa netizen mengucapkan takziah di dalam posting tersebut.

Antaranya, Abiperubatanislam berkata, ALLAH lebih menyayangi anak itu dan meminta pelakon terus bersabar.

"Ada hikmahnya, sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan takziah buat kak zila, InsyaALLAH.  ALLAH lebih tahu perjalanan ini, semoga lebih tabah, dan perbanyakkan doa ya. Amin," tulisnya.

Fazlinzamzami juga mengucapkan takziah kepada Zila, katanya InsyaALLAH ada rezeki lain menanti.

Seorang lagi netizen, Superwomen-joey juga turut meninggalkan pesanan agar Zila terus tabah dan jangan bersedih dengan kehilangan anak syurga itu.    

Zila mendirikan rumah tangga bersama suaminya Azri Izhar pada 2008 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kaseh, 9, dan Chinta, 6.