HONG KONG - Pihak berkuasa Hong Kong mengumpulkan lebih 150 tan tumpahan minyak dan bakal membuka semula sebahagian daripada 13 pantai yang terpaksa ditutup akibat kejadian itu sejak Ahad lalu.

Menurut kerajaan, kira-kira 300 kakitangan telah dikerah untuk menangani masalah sisa minyak itu manakala sejumlah besar sukarelawan turut membantu menyodok sisa tersebut ke dalam beg plastik yang disediakan.

Setiausaha Alam Sekitar, Tse Chin-wan berkata, situasi sejak kelmarin telah menjadi lebih stabil dan beberapa pantai yang ditutup mungkin dibuka semula terutamanya pada hujung minggu ini.

Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan Hong Kong (AFCD) turut akan mengawasi kesan tumpahan minyak terhadap industri perikanan dan taman laut.

Minggu lalu, insiden pelanggaran dua kapal di muara Sungai Mutiara telah menyebabkan gumpalan putih minyak sawit di dalam air dan tersebar di pantai. - Reuters

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.