MENGINJAK usia yang ke-93 tepat jam 12 tengah malam Selasa lalu, sehingga ke hari ini Perdana Menteri ketujuh masih dihujani ribuan ucapan dan doa selamat hari lahir di media sosialnya.

Termasuk satu video merakamkan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan turut tular di Instagram ketika meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Video tersebut merupakan sambutan hari lahir Tun M yang ke-87, anjuran oleh Lord’s Tailor bertempat di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.

Sementara itu, Tun M tampil merakamkan ucapan terima kasihnya atas ingatan dan penghargaan orang ramai kepada dirinya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 93,” tulisnya di Twitter.