SABAN tahun, puluhan filem Melayu daripada pelbagai genre dihasilkan dan membanjiri pawagam tanah air. Namun dari segi sambutan penonton, filem-filem seram atau komedi seram dilihat lebih menarik perhatian.

Filem daripada genre ini ternyata mempunyai pengikutnya yang tersendiri, malah sebahagian besar daripadanya berjaya membuat kutipan yang baik di pawagam.

Ia turut dibuktikan oleh filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2 yang bukan sahaja berjaya meraih kutipan box office tetapi juga melakar sejarah sebagai filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi.

Sinar Harian kongsikan TOP 5, filem-filem seram yang paling diminati penonton, sekali gus mendapat kutipan box office sepanjang sedekad yang lalu.

1. Hantu Kak Limah (2018) - RM36 juta (masih ditayangkan)

2. Munafik 2 (2018) - RM30 (masih ditayangkan)

3. Munafik (2016) - RM17 juta

4. Dukun (2018) - RM10juta

5. Hantu Bonceng (2011) - RM8.5 juta

6. Ngangkung (2010) - RM8.1 juta

7. Khurafat (2011) - RM8 juta

8. Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) - RM7.9 juta

9. Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) - RM6.09 juta

10. Suatu Malam Kubur Berasap (2011) - RM4.9 juta

[Sumber: Finas]