Kim Tae Won, Kim Yeon Woo dan Kim So Hyun sebagai juri Birth of A Great Star.
MUSIM ke 3 rancangan realiti, Birth of A Great Star yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal diserikan dengan kehadiran Kim Tae Won, Kim Yeon Woo dan Kim So Hyun sebagai juri rancangan itu.
Menurut sumber, mereka dipilih kerana pengalaman dan kredibiliti sepanjang bergelar insan seni.
"Masing-masing mempunyai kehebatan serta kekuatan dalam bidang ini.
"Bersandarkan pengalaman mereka juga, kami yakin bintang yang dipilih dan dilahirkan menerusi rancangan ini pastinya beroleh kejayaan seperti mereka," katanya.
Birth of A Great Star yang akan bermula 19 Oktober ini turut menjalankan uji bakat di beberapa buah negara seperti Australia, Canada, Los Angeles dan New York.
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.




