PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq Hussni memperkenalkan nama cahaya mata keduanya menerusi akaun Instagramnya, semalam.

Haziq menamakan puteri kesayangannya dengan panggilan CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN.

Bagaimanapun Haziq tidak menyatakan maksud nama tersebut.

"Bismillah. Perkenalkan buah hati kedua kami CHAYRA AULIYA BINTI MUHAMMAD HAZIQ IRFAN," tulisnya di IG.

Menyedari ejaan nama puterinya seakan susah untuk disebut, Haziq, 28, seperti memahami, menulis cara untuk menyebut nama anaknya dengan betul yang berbunyi, “Kai - Ra - Au - Li - Ya,” coretnya.

Walaupun nama anak kedua pasangan Haziq dan Ayunda unik, namun rata-rata peminat menyukai nama itu.

"Tergeliat lidah makcik sebut nama babyCA hehe.. tahniah," komen peminat.

"Masha ALLAH. Comelnya bby. Hehehehe cheeky betul baby. Tahniah kak puti and haziq!" komen salah seorang peminat lagi.

Haziq atau nama sebenar Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni telah mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri yang berasal dari Medan, Indonesia pada Julai 2016.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki awal April tahun lalu, Muhammad Heidy Nufael yang kini berusia setahun enam bulan.