RAMALAN netizen benar belaka apabila konsert Gegar Vaganza musim kelima minggu ketiga, menyaksikan peserta kumpulan Elite yang popular dengan lagu Tamparan Wanita akhirnya tersingkir.

Menyanyikan lagu Melly Goeslow, Ku Bahagia, Elite berada di kedudukan tercorot.

Menurut komen juri oleh Datuk Ramli MS (Tok Ram), meskipun teknik nyanyian hancur, bagaimanapun keakraban kumpulan itu menjadikan persembahan mereka tampak seronok.

"Teknikal memang maut, tetapi the feels nyanyian kamu sangat jujur. Lupa lirik pun kawan dia bantu.

"Saya perasan benda tu...Pun begitu, mereka happy dengan keakraban mereka," komen jujur Tok Ram.

Sementelah itu pada konsert minggu keempat, antara peserta yang berjaya melayakkan diri dan berduet dengan bekas peserta GV musim terdahulu terdiri daripada, Amelina, Farawahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Zamani, Hetty Sarlene, Shafie Rio, Maya Ruslee, Forteen, dan Billy Zulkarnain.

GV5 bersiaran secara langsung setiap Ahad pukul 9 malam di Astro Ria 104 dan Ria HD dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.