• Tawaran menarik Astro Prabayar NJOI Prabayar NJOI boleh didapati dalam tiga bentuk pakej.
1 /

ASTRO mengumumkan pelancaran perkhidmatan prabayar televisyen satelit yang pertama di Malaysia, Prabayar NJOI.

Sebagai permulaan, Prabayar NJOI hadir dalam tiga bentuk pakej, Mustika (Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi) dan Filem serta Drama Cina (Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang Xing). Lebih banyak pakej akan diperkenalkan secara berperingkat bagi memenuhi keperluan menonton dan bajet pelanggan.

Setiap pakej Prabayar NJOI boleh didapati menerusi baucar prabayar RM20 yang boleh dibeli dari pengedar NJOI yang sah tanpa sebarang yuran langganan berganda atau kontrak. Selepas melakukan pembelian dan mengaktifkan perkhidmatan prabayar ini, pelanggan NJOI akan menikmati 15 hari akses tontonan pakej prabayar secara serta merta. Tawaran prabayar ini membolehkannya dimiliki oleh mereka yang bukan dari kalangan pelanggan Astro untuk mengakses kandungan hiburan berbentuk umum dan filem premium. Tawaran menarik ini boleh didapati dengan hanya membayar serendah RM1.33 sehari!

Ketua Pegawai Komersial Astro, Liew Swee Lin berkata, program Tanggungjawab Korporat Sosial NJOI dilancarkan bagi merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia.

“Perkhidmatan Prabayar NJOI ini mewakili satu lagi inovasi unik dalam perkhidmatan Astro, yang menyalurkan kandungan model terbaru untuk mengembangkan lagi pasaran kami terutama di kalangan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.

“Prabayar NJOI akan diperkenalkan dalam beberapa peringkat. Sistem baucar prabayar diperkenalkan dalam fasa pertama. Pada masa akan datang, ciri prabayar yang lebih terperinci akan diperkenalkan dalam beberapa fasa seperti pengenalan layanan tambah nilai e-wallet dan perkhidmatan kandungan premium yang yang disampaikan melalui pelbagai platform,” katanya.

Dilancarkan Disember ini, NJOI juga membolehkan seluruh rakyat Malaysia mengakses kandungan yang memperkayakan maklumat terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk menjadi negara yang berteraskan pengetahuan.

Sila layari www.njoi.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.