VIDEO ucapan pelakon Elly Suriati di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan solidariti buat Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, tular di media sosial mendapat kecaman dari netizen.

Kata-kata semangat dengan memberi ucapan memperjuangkan parti keramat itu dilihat keterlaluan menerusi video durasi 3.43 minit.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Zahid berkumpul di SPRM]

Memetik Facebook Viral Media Johor, netizen Jijah Jumaidi mempertikaikan cara ucapan Elly Suriati seperti meroyan dan terpekik seperti orang tidak siuman.

Malah Masyitah Abdullah turut mempersetujui kenyataan itu dengan berkata, tidak perlu melontak suara seperti menjerit kerana dia sedang memegang mikrofon pembesar suara.

"Tidak perlu menjerit kot, rasa nak pekak telinga...video tiga minit je tetapi rasa terlalu lama," katanya.

Selain itu, netizen Zaty La, seolah-olah menyindir kelakuan Elly Suriati yang disifatkan sedang berlakon dan menjiwai karektor sebagai seorang pelakon.

Sehingga artikel ini disiarkan, video itu mendapat 186,000 tontonan, 2,900 maklum balas, 1,898 perkongsian dan 3,000 tanda suka dari netizen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid reda dengan pertuduhan terhadapnya]