Pelakon Amyza Aznan mengakui kesal dengan perangai jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang kini sudah bergelar pelakon. 

Semuanya berpunca apabila Aliff Syukri merintih meminta agar dirinya dihargai sebagai pelakon di dalam filem yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Badang. 

“Dia demand, merintih, minta dihargai, tak tidur sampai ke pagi memikirkan kejian, cacian orang.  Tapi walau dia kena keji pun, duitnya masih berlambak.  Tak beri kesan apa pun.

“Yang kami pelakon betul ni, langsung tak dipandang, bekerja sampai ke pagi jugak, menitik air peluh, kuar air mata, duit tak ada tau, tak mengeluh macam dia pun,” katanya kepada Sinar Harian. 

Tambah Amyza dia mencadangkan agar Aliff tidak payah lagi jadi pelakon sebaliknya jadi penerbit sahaja. 

“Berlakon bukan bidang dia, jadi tak payah la berlakon, buat semak jer, serius semak.  Tak ada bakat pun. 

“Kalau duit banyak sangat, jadi penerbit je la.  Kita memang marah la, marah sangat,” katanya lagi.