SEBELUM ini menerusi video yang dimuat naik di Instagram milik pelakon Elly Mazlein ada meluahkan rasa kekecewaannya berhubung isu bekas suaminya, Azmi Hatta mahu memisahkan antara dia dan anaknya, Sefhia.

Dalam pada itu, Elly Mazlein yang selesa disapa Kak Lina mendakwa bekas suami yang juga merupakan pengarah membuat tuntutan mahu Kak Lina dipenjarakan atas sebab tidak menjadi seorang ibu yang bertangunggjawab terhadap anak.

Walaupun masih tiada lagi kenyataan rasmi daripada Azmi, pun begitu, isterinya Faye Kusairi tampil menjelaskan kepada netizen yang bertanyakan tentang isu tersebut.

"Setahu saya kes yang difailkan bukan fasal mahu penjarakan dia. Kes yang difailkan atas kesalahan dia melanggar perintah mahkamah.

"Fakta kena betul, minta dia tunjuk bukti kata suami saya nak penjarakan dia. Hal mahkamah jangan diputar belitkan. Tak ada siapa nak pisahkan dia dengan anak atau penjarakan dia.

"Mintalah dia tunjukkan bukti kalau betul suami saya nak penjarakan dia," tulisnya menjawab komen netizen.

Tulis Faye, 30, lagi, periksa fakta terlebih dahulu sebelum menghentam dan cadang aktres ini juga, netizen boleh minta kepada Kak Lina untuk kemukakan bukti berhubung isu tersebut.

"Pihak kami tak pernah nak berkongsi sebab tak suka nak lagakan orang atau jadikan hal peribadi buat mulut orang.

"Jadi minta bukti, saya pasti dokumen yang difailkan ada pada dia.

"Kalau dia lantang bercerita minta dia tunjukan," katanya lagi.