PENYANYI ini bertubuh kecil namun bakatnya begitu besar.

Menerusi perkongsian pembantunya, Nizar Zulkefli, pemilik nama Syafeek Ikhwan, 30, telah dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian I-Sing Dunia 2018 di Paris, sekitar pukul 1:30 pagi waktu Malaysia.

"Alhamdulillah.. hard work pays off!! Congrat @syafeek_ikhwan juara i-SiNG World 2018!!!! Malaysia so proud of you!!!!" katanya.

Penyanyi, Syafeek Ikhwan

 

Terdahulu, Syafeek pada Ahad lalu berjaya mara ke pusingan ketiga dengan menyampaikan lagu My Way nyanyian asal Frank Sinatra.

Kemudian, penyanyi itu melayakkan dirinya ke pusingan akhir selepas menyanyikan lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul, Kau Kekasihku.