PELAWAK dan pelakon, Azrul Cham meluahkan rasa kekecewaan apabila ada pihak stesen TV yang kini lebih memandang pengikut alam maya berbanding bakat.

Cerita Azrul Zaidi, 44, menerusi posting video rakaman di Instagram miliknya, dia menerima panggilan daripada sebuah produksi untuk projek bagaimanapun terkejut apabila diajukan soalan berhubung pengikut di media sosial.

"Tadi ada satu produksi call saya nak bagi job konon. Sembang punya sembang dia tanya saya followers berapa?

[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Moga doa kalian sembuhkan anak ku ini' ]

"Kemudian saya tanya apa kaitan dengan job? Katanya sebab pihak stesen TV yang tanya dan nak yang ada followers ramai di media sosial," katanya.

Dalam rakaman itu Azrul turut menyindir si pemanggil terbabit.

"Saya followers tak ramai tapi kawan-kawan ramai, saya kata call saya dalam masa 5 minit sebab saya nak beli followers dulu, lepas tu call semula dan tengok.

"Apalah... nak bagi job bukan sebab bakat tapi sebab followers," ujarnya kecewa.

Terdahulu pelawak itu menulis kapsyen pada videonya berbunyi "Jom sembang petang, hancur industri kalau ada puak macam mereka ini," tulisnya.