SELEPAS pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil dihadapkan ke atas tuduhan narkotik, hari ini, pelakon  filem KL Gengster, Sofi Jikan dijangka akan didakwa atas tuduhan sama.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan sebelum ini direman tiga hari selepas  didapati positif ganja ketika hadir memberi keterangan berhubung laporan polis Farid Kamil.

Pelakon berusia 40 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) AKta Dadah Berbahaya 1952.

Pada 31 Januari lalu, Farid Kamil,37 dalam laporannnya mendakwa dianiayai tiga rakan artisnya  dengan meletakkan dadah ke dalam minumannya.

Sebelum ini media melaporkan Farid menyerang anggota polis dan orang awam di Balai Polis Trafik Damansara sebelum disahkan positif ganja jenis THC (11 - nor delta-9 tetra hydrocannabinol -9).

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan terhadanya di mahkamah.

AKAN MENYUSUL