TERNYATA peserta AF Megastar mempunyai vokal yang cukup mantap hinggakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza memberikan pujian buatnya.

Siti menulis di laman twitternya selepas Syamel membuat persembahan menyanyikan lagunya, Diari Hatimu.

"Oh Syamel...nyanyian itu sangat memukau #AFMegastar," tulisnya.

Bukan mudah sebenarnya untuk membawakan lagu Siti apatah lagi membuatnya seperti lagu milik sendiri.

Sementara itu, netizen juga mula menyedari kemantapan vokal yang dimiliki oleh Syamel ini.

"OMG, seseorang yang mempunyai bakat malam ini adalah peserta yang menyanyikan lagu Datuk Siti, Diari Hatimu," tulis pengguna twitter, Destiel.

Turut bersetuju, pengguna Twitter, Liah Daud.

"Syamel seorang suka mengambil risiko dan sangat inovatif, gubahan semula lagu Diari Hatimu ini sangat bagus!" tulisnya.

Bagi Faizal Hamssin pula, dia sangat kagum dengan gubahan lagu tersebut yang tidak mengubah 'perasaan' asal lagu itu.

"Gubahan lagu Syamel sangat bagus dan Siti akan merasa bangga, dia menukar susunan asal lagu itu tanpa mengubah 'perasaan'  asal lagu tersebut," tulisnya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYANYI kesayangan ramai, Siti Nurhaliza dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.
  • PENGURUS Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak mendedahkan pengorbanan dan usaha yang dilakukan penyanyi tersohor negara itu selama 11 tahun untuk menimang cahaya mata.
  • PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza, mengumumkan beliau kini hamil 4 bulan menerusi satu sidang media yang dijalankan sebentar tadi.
  • HANYA sekeping gambar, pelbagai andaian boleh dibuat. Melihatkan gambar yang dimuat naik oleh penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza baru-baru ini di laman Instagramnya, ramai peminatnya mula berteka-teki mengenai dirinya sudah hamil.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.