PELAKON yang kini juga bergelar usahawan, Sherry Ibrahim akui tidak mudah untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan.

Itu antara luahan hatinya yang dikongsikan menerusi satu coretan panjang di akaun Instagram (IG) miliknya.

Kata Sherry, setiap kejayaan datang bukan hanya dari Yang Maha Berkuasa, namun perlu ada kerja keras dari diri sendiri juga.

"Setiap hari adalah proses pembelajaran. Dalam apa jua yang anda lakukan .. kecil atau besar, anda dan saya mesti bergerak ke hadapan dan tidak melihat ke belakang dan tentu saja penting hati kena ikhlas, penuh kesabaran, penuh semangat, menikmati kerja, kerja berpasukan rajin dan jangan pentingkan diri sendiri.

"Setiap kejayaan bukan sahaja ditentukan dari Yang Maha Kuasa tapi usaha keras dan usaha ke arah kebaikan juga perlu ada bila kita buat sesuatu business," tulisnya.

Sherry turut mengingatkan supaya tidak menyalahkan orang lain jika perniagaan menghadapi masalah.

"Jangan tunding jari pada orang lain tapi tanya diri sendiri dan belajar dari kesilapan.  Kerana tak ada masa untuk asyik bising sana sini, dan lebih baik cari masa untuk selesaikan masalah yang menimpa," ujarnya.

Malah, Sherry juga berpesan supaya tidak hanya berfikir diri sendiri sahaja yang terbaik kerana di luar sana ramai lagi yang berkejar untuk berjaya.

"Doa banyak-banyak pada ALLAH SWT lebih baik dari menabur fitnah dan menjatuhkan moral diri sendiri sampai orang hilang hormat," kongsinya lagi.

Sherry juga menyeru supaya fokus ke hadapan serta sentiasa berusaha dengan cara positif, etika dan mempunyai kelakuan yang baik.

Rata-rata peminat bersetuju dengan pendapatnya itu dan netizen juga turut memuji dirinya yang semakin cantik itu.

"Sangatlah cantik @sherryibrahim, tak jemu mata memandang," tulis zulffa.    

"Semoga dipermudahkan urusan kakak Sherry," tulis zulffa.

"Lainnya muka solekan kali ini.  Apa-apa pun, cantik sangat," tulis rinaotien.

"Makin hari makin cantik... Allhamdullilah," tulis qasehrazali.