PELAKON, Sheila Mambo mengalami kemalangan kecil selepas selesai membuat penghantaran bagi tempahan pulut kuningnya.

Berita itu dikongsikan oleh pelakon berusia 55 tahun ini di laman Instagramnya (IG).

Pun begitu, pelakon drama Andainya Takdir ini tidak mengalami apa-apa kecederaan sebaliknya hanya terdapat kerosakan pada cermin sisi keretanya.

"Tadi dari pagi menyiapkan order, pukul 10 gerak delivery, sampai Bangsar balik nak delivery untuk masjid, selesai je, tengah drive balik satu kereta Myvi makan jalan langgar side mirror belah kanan.

"Saya tengok bertabur cermin jatuh dan side mirror saya terarah ke depan (nasib baik tak patah). Hati mula berkata 'Masha-ALLAH, ujian apa hari ini, ALLAH nak bagi tahu saya'," tulisnya.

Terus bercerita, Sheila bernasib baik apabila individu yang melanggarnya yang dikenali sebagai Joe, sangat berbudi bahasa bahkan fasih berbahasa Melayu meskipun berbangsa Cina.

"Myvi itu bagi signal berhenti ke kiri jalan. Saya ikut. Seorang muda berbangsa Cina turun dari jauh angkat tangan sambil cakap sorry kakak berkali-kali.

"Saya senyum jer, tanya dia kenapa makan jalan saya? Dia jawab fikiran saya tadi ke lain. Saya cakap hati-hati next time. Nama dia Joe. Joe cakap ada apa yang rosak akak? Kakak tak cedera ke? Fasih berbahasa dan tinggi budinya.

"Saya cakap akak OK, yang rosak side mirror sambil tunjuk. Joe tanya mana mirrornya sebab tinggal casing je. Saya cakap jatuh di belakang atas jalan. Dia suruh saya tunggu dalam kereta sebab jalan busy sangat bahaya katanya. Saya nampak kesungguhan dia berlari ambil mirror saya di tengah jalan besar wei! Joe datang dalam dua minit lepas itu bawa cermin retak seribu," tulisnya lagi.

Bahkan, katanya, Joe juga merupakan seorang yang bertanggungjawab apabila sanggup menanggung kos kerugiannya itu.

"Dia cakap kakak ambil nombor phone saya miss call saya sekarang, dan snap IC saya sekarang. Kakak pergi workshop bagitahu saya berapa harga , tapi jangan mahal sangat kak! Saya cakap OK. Nanti saya call. So saya pergi workshop kena tukar sebiji biji second hand side mirror. Motor rosak di dalam. Kena rm200 + GST RM12.

"So... saya suruh dia transfer direct ke account workshop. Dia transfer RM220. Saya snap resit semua selesai. Kemudian cashier bagi baki RM, saya call Joe ini baki awak kasi account nombor akak nak transfer," luahnya.

Joe bagaimanapun menolak sebaliknya mahu menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelakon drama bersiri Misi Laksa & Laksam ini.

"Joe cakap akak kita jadi kawan ey.. Nanti kita jumpa akak belanja saya teh! Saya cakap OK! Thank you Joe. Lepas itu dia whatsapp cakap akak apa nombor kereta ey?

"Saya bagi nombor dan tulis 'magnum ke? ' hahaha dia jawab esok saya nak beli, nak raya Cina ma... Kena je... Kita dua orang tukar kereta baru!," katanya.

Biarpun mengalami kecelakaan, Sheila mengakui kejadian tersebut memberinya hikmah dan pengajaran.

"Terharu cerita hari ini.... Apa yang saya belajar iktibar dari kejadian.

"Pertama, memudahkan urusan orang lain, Insha-ALLAH, ALLAH mudahkan segala urusan kita.

"Kedua, tak kisah apa bangsa pun kita doakan yang baik-baik untuk dia. Alhamdulillah...," akhirinya.

Malah, rata-rata peminat dan pengikutnya di IG turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan Shiela.

idawan8786 Kalau yg mmg jenis baik hati tu x kira bangsa kan kak...die bole je pecut terus kete die kan...tp die berenti jgk tgk keadaan mcm mne n mntk maaf...well salute to joe...

normah.mdyasin33 Alhamdulillah xde apa2 yg serius berlaku..respect brother joe

cik_purple75 Alhamdulillah...tah knpa plak mata masuk habuk

sheilasygshahila Alhamdulillah both selamat x de apa2. Kereta jer sakit sikit. #goodpeople

shah_hasan62 Alhamduillah..tak ada cedera yg teruk..betui@sheilahassan..kdg2 bila kita susah..ada yg dtg membantu..syukur..

kak.zila Syukur Alhmdulillah..tiada apa yg berlaku pada k.sheila..btl kak kite permudahkan urusan org in sya Allah,Allah permudahkan urusan kita..muga k.sheila dan joe trus kekal bersahabat.