SIAPA sangka, pada tarikh 31 Ogos 2017, isteri kepada kepada pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily Lokman berdoa di Kota Makkah untuk mendapatkan anak.

Dan pada tarikh 31 Ogos 2018, impiannya untuk menimang cahaya mata termakbul dengan lahir anak keduanya.

Cerita Lily menerusi Instagtam miliknya, dia sudah lama mengimpikan untuk menimang cahaya mata lagi selepas melahirkan anak sulungnya, Ara Aziz, enam tahun lalu.

“Salah satu dari beribu doaku (di tanah suci Mekah), supaya dikurniakan ku zuriat kerana keasihan tengok Ara dekat rumah selalu cakap seorang diri,” tulisnya.

Akui Lily, dia bersyukur kerana doanya didengar Maha Esa dan turut berkongsi nama puteranya itu.

“Alhamdulilah, ALLAH maha mendengar, selepas enam tahun menunggu.

“Pada 31 Ogos lalu, jam 10.23pm dilahirkan secara normal dengan izin-Nya.

“ALLAH kurniakan saya rezeki seorang anak bayi bernama Muhamad Aryan Aziz.

“Doakan semoga anak ini sentiasa diberi kesihatan, sentiasa dibawah lindungan  ALLAH dan menjadi anak yang soleh,” luahnya lagi.

Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz.

Dalam perkahwinan Aziz sebelumnya dia turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.