PENYANYI Amy Search cuba menjejaki seorang wanita yang didakwa terlibat dalam satu penipuan membabitkan pelaburan wang haram.

Menerusi Insta Stories miliknya, penyanyi ini mendakwa pelaburan yang diperkenalkan wanita tersebut tidak munasabah.

Berang dengan apa yang berlaku, Amy meminta sesiapa yang mengenali wanita terbabit agar  menghubunginya segera.

“Mintak tolong sesiapa yang kenal minah pengkid ni, DM aku! Dia and the gang buat skim penipuan invesment 1k dapat 1 juta. Kepala otak dia.

“Jangan percaya dengan skim ini. Siapa yang terkena DM aku,” tulis Amy.

Dalam pada itu, Amy juga memintan pihak berkuasa agar menyiasat dan mengambil tindakan segara agar orang ramai tidak terus menjadi mangsa.

“Mohon pihak berkuasa siasat. Jangan jadikan orang Melayu kita mangsa sindiket kumpulan wang haram yang berkuasa,” tegasnya.

Dalam posting tersebut Amy turut memuat naik wajah wanita terbabit beserta maklumat tentang penipuan terbabit.